Biro Sukan dan Rekreasi
Ketua : Tn Hj Rahim bin Mohd Meerah
Bowling Pesara, Golf Pesara, Program Rekreasi Pesara dll
Biro Perhubungan Dan IT
Ketua : Puan Rosilawati binti Abdul Jamil
Mengurus tadbir Facebook persatuan, mengurus tadbir website persatuan, mengumpul maklumat untuk kemaskini Sistem IT Persatuan, menyelaras dan memberikan maklumbalas terhadap email persatuan.
Biro Penjanaan Dana dan Sumber Kewangan
Ketua : Tuan Hj Abbas bin Hj Naim
Program pelancungan dalam negara, Promosi dan jualan barangan atau produk daripada ahli (dapat komisyen untuk menambah dana persatuan) dll.
Biro Khairat & Kebajikan
Ketua : Tn Hj Rahim bin Mohd Meerah
Kenalpasti ahli2 dan sediakan database yang sakit dan uzur, program ziarah, bantuan kebajikan dan pinjaman peralatan kesihatan dll. Ahli boleh berkongsi dan menyampaikan maklumat kepada persatuan mengenai ahli yang uzur dan sakit dan memerlukan perhatian dan bantuan persatuan.
Biro Pembangunan Insan dan Kerohanian
Ketua : Puan Hjh Samirah Hamzahbin Moh
Tazkirah berkumpulan, program peningkatan ilmu, program usahasama berterusan dengan berbagai pihak yang sesuai dan Tadarus Al-Quran dll. Dalam suasana pendemik, pendekatan beraktiviti secara maya diadakan menerusi Google Meet, Zoom dan kaedah-kaedah lain yang bersesuaian seperti program Bacaan Yassin, Tahlil dan doa kesyukuran.
Biro Perhubungan Khas
Ketua : En Bakerim Bin Md Shah
Ibadah Qurban / Tahfiz: Di Sabah dan di Kemboja. Mengkoordinasi dan bekerjasama dengan penyelaras program yang dilantik oleh persatuan. Contoh: Ibadah Qurban di Di Ranau Sabah (Tn Hj Mohamad Ali bin Abd Rahman) dan di Kemboja (Tn Hj Shaharudi Mohd Jani), Program2 khas seperti Membakar Lemang Bersama Bersama PESUTIMA, Program Kacau Asyura PESUTIMA dll. Ahli-ahli juga boleh mencadangkan program-program yang bersesuaian untuk dilaksanakan oleh persatuan dalam usaha untuk menjalin hubungan silaturrahim dikalangan ahli.
Setiap Biro boleh kenalpasti rakan-rakan pesara untuk dilantik sebagai tenaga sukarela atau AJK Kecil Biro untuk sama-sama membantu perlaksanaan aktiviti dan menggerakkan Biro masing-masing. Surat perlantikan akan dikeluarkan untuk AJK yang terlibat.